Blog
Spread the love

37,200,000,000,000 atau bahasa sedap sebut adalah tiga puluh tujuh perpuluhan dua trilion.

Ini lah anggaran jumlah sel pada keseluruhan badan seorang manusia.

Kesemua sel ini, punyai proses fisiologi kematiannya sendiri, yang disebut sebagai ‘apoptosis’, iaitu proses semulajadi kematian tisu, sebagai proses untuk memelihara dan memulihara fungsi keseluruhan sistem badan, dan menggantikan tisu tubuh yang telah rosak.

Tapi masalah berlaku, bilamana ada sel-sel tertentu tiba-tiba ada otak dia sendiri, dan berupaya menolak proses normal kematian tisu.

Sel ini, kita sebut sebagai SEL KANSER.

Hal ini boleh berlaku pada satu sel secara spesifik, atau berlaku kepada sekumpulan sel, yang kita namakan sebagai tisu.

Bila tidak mati, maka sel atau tisu ini akan terus membesar, merebak, membahagikan dirinya melalui proses mitosis, miosis dan seumpamanya, TANPA HENTI.

Bila sudah membesar, maka jadilah ia bengkak, yang kita namakan sebagai TUMOR.

Tumor ini, ada 2 jenis iaitu jenis merebak dan jenis tidak merebak.

Yang bahaya dan menakutkan, sudah tentu la jenis yang merebak, sebab dia boleh masuk ke ‘lymphatic system’ badan, dan pergi berjangkit ke organ badan yang lain.

Biasa dengar nama lymphoma, leukimia, sarcoma, carsinoma, melanoma dan lain-lain kan?

Kesemua ini adalah kanser, dan nama berbeza sebab lokasi wujud sel kanser ini pun berbeza.

Jadi kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil nutrisi dan pemakanan yang seimbang, penting untuk mengurangkan rebakan kanser.

Ayuh bersama kita tambahkan ilmu dan sebarkan info kepada rakan-rakan, saydara mara dan ahli keluarga sekurang-kurangnya mereka yang berisiko dapat melakukan pengesanan awal dan menyelamatkan nyawa selain moral support dan sebagainya.

Leave a Reply

Specify Facebook App ID and Secret in Super Socializer > Social Login section in admin panel for Facebook Login to work

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.