Blog
Spread the love

100 tahun dulu, penerimaan aroma kimia sintetik di Eropah adalah rendah.

Ini berikutan krisis kepercayaan masyarakat terhadap ‘man made aroma’, yang dikatakan seolah-olah mencabar kerja tuhan, juga kerisauan akan kesan aroma kimia ini kepada tubuh.

Zaman dahulu, ramai orang percaya teori konspirasi, kononnya aroma kimia dicipta untuk memanipulasi otak manusia, sekaligus menjadikan manusia seperti ‘zombie konsumerism’ sehingga sanggup membeli perfume dengan aroma palsu, tanpa pedulikan kesannya kepada tubuh.

100 tahun kemudian, kita menjadi saksi terhadap rebakan penyakit kronik melibatkan gangguan metabolik seperti kencing manis, yang menjangkiti semua golongan. Padahal, diabetik dahulu pernah dikategorikan penyakit orang kaya.

100 tahun kemudian, kilang aroma kimia yang pada asalnya cuma ada 1 di German penghujung 1800 itu, sekarang dah bertambah-tambah di seluruh dunia, malahan kilang yang sama, masih kekal wujud sehingga hari ini — membuktikan permintaan terhadap aroma kimia sumber petroleum yang sangat tinggi, dan penggunanya seolah-olah tidak peduli lagi akan kesan aroma kimia kepada tubuh.

Aroma kimia telah menggunakan phthalate selama berpuluh-puluh tahun sebagai sebahagian dari fixative wangiannya.

Padahal tak sampai beberapa tahun ini saja, phthalate mula diharamkan penggunaannya dalam penciptaan haruman, berikutan kesannya kepada tubuh, yang mampu mengganggu fungsi hormon, lalu menyebabkan gangguan metabolik.

Perbezaan aroma kimia dengan aroma semulajadi, sangat ketara. Samada teori konspirasi ini benar atau tidak, sebagai pengguna, kita tetap kena berhati-hati.

Benar hari ini kita tidak dapat lari lagi dari menggunakan aroma kimia atau perisa sintetik yang sudah digunakan secara meluas, dari sabun mandi, sampailah kepada perasa makanan. Pun begitu, kita ada pilihan untuk kawal penggunaannya dalam kehidupan harian kita.

Tukarkan perfume dengan aroma kimia yang kita guna kepada perfume dengan aroma semulajadi, misalnya.

Leave a Reply

Specify Facebook App ID and Secret in Super Socializer > Social Login section in admin panel for Facebook Login to work

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.