Blog
Spread the love

Material aroma sintetik, boleh dicipta samada dari sumber petroleum, atau sumber asli material tersebut, lalu struktur kimia nya diobah dan diolah semula. Bahan asas aroma sintetik ini terbahagi kepada 3 kumpulan atau kategori, iaitu kategori :

  1. Chemically Modified Natural Raw Material
  2. Nature Identical Raw Material
  3. Pure Chemical Aroma
  1. Chemically Modified Natural Raw Materials

sumber natural yang telah mengalami proses modifikasi kepada struktur kimianya. Pada peringkat awal, bahan mentah (material) untuk mencipta perfume itu adalah dari sumber alam semulajadi. Akan tetapi, ada beberapa proses yang telah digunakan, untuk merobah struktur kimia material tersebut, menjadikan ianya bukan lagi natural.

2. Nature Identical Raw Materials

Inilah sumber sintetik. Dicipta dan diambil daripada hasil proses tindakan kimia (end product), yang menyerupai struktur kimia, seperti yang terdapat pada bahan yang diambil dari alam semulajadi. Akan tetapi, ianya bukanlah naturel atau sebatian yang diambil dari sumber botanical. Seringkali, sumbernya adalah dari petroleum. Contohnya, adalah Linalool Sintetik. Struktur kimianya, menyerupai seperti struktur kimia essensial oil lavender. Akan tetapi, ianya langsung tidak ada sumber daripada bunga lavender, dan hanya dicipta dari sumber petro kimia.

3. Pure Chemical Aroma

Aroma kimia yang langsung tidak pernah wujud sumbernya dari alam semulajadi. Secara umumnya, haruman ini adalah haruman yang dicipta, untuk memenuhi kehendak sesuatu sasaran. Contohnya adalah bauan kulit yang terdapat pada bag kulit.

Leave a Reply

Specify Facebook App ID and Secret in Super Socializer > Social Login section in admin panel for Facebook Login to work

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.